Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Akal Manusia Terbatas (1/2)
http://akidah.sementoji.netTua... Guru Haji Abdul Hadi AwangSyarah Kitab Muqaddimah Akidah Muslimin siri 1.Manusia adalah sebahagian daripada makhluk Allah. Walaupuin dibekalkan dengan akal yang dapat membeza dan memahami sesuatu, tetapi kita lemah bagi mengetahui hakikat kejadiannya. Mengapakah kita dicipta dan di manakah kesudahannya? Allah tidak membiarkannya begitu sahaja.Manusia cuba mengkaji alam ini, kedudukan dan matlamatnya dengan akal kurniaan Allah. Berpandukan akal sahaja, manusia tidak mampu mengatasi kelemahan yang sedia ada pada dirinya. Akal tidak mampu memahami sesuatu di luar batas kemampuannya tanpa petunjuk daripada Allah. Kita lihat ahli-ahli falsafah ketuhanan kononnya membelakangkan wahyu Ilahi. Mereka meletakkan manusia yang mulia kejadiannya mengabdikan diri kepada sesama manusia, kebendaan, haiwan, kayu, batu, dan perkara-perkara ghaib yang diada-adakan.Akal sahaja tidak cukup bagi manusia membezakan baik dan buruk menurut fitrah manusia yang sebenar. Di samping itu, terdapat perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui melalui wahyu dan syarak. Perkara-perkara itu seperti beriman dengan Allah dan sifat-sifatnya yang maha tinggi dan maha sempurna. Juga beriman dengan malaikat, hari kiamat, kebangkitan dan lain-lain.Kuliah Jumaat, 18 April 2008.Masjid Rusila, Marang.
Channel: People & Blogs
Uploaded: November 30, 1999 at 12:00 am
Author: fuadsyazwan
Length: 09:17
Rating: 5.00
Views: 1444
Tags: Abdul Akidah Awang Guru Hadi Haji Kitab Muqaddimah Muslimin Syarah Tuan
Video Comments
|